Wednesday, December 24, 2008

Snow White



Tak tahu nak bagi nama apa.
Memandangkan Jubah ini tersangatlah putih,
jadi bagi nama ikut jubah. Bukan ikut design.
Apa-apa je la.. :D

Cabaran :
1. Jubah - maknanya labuh dan berat.
2. Zip di depan - kain lining bercantum di tengah. Adoiii... nak masukkan tangan ni, seksa...
Apa pun, layan...

Owhhh... quality gambar not so good.
Fail bila ambil gambar waktu malam... Sorry... Belum pro lagi :D


Zip di hadapan.




Badan dan tangan






Tangan


Wednesday, December 17, 2008

W.I.P



In progress.
Belum ada nama pun lagi.
Dah 2 minggu empunya baju hantar.
Hari Ahad lepas baru usik.
Kesihatan tak mengizinkan..
Hopefully, by this week siap la.. :)

Tuesday, November 25, 2008

W.I.P - Dragonia

DRAGONIA




Baru siap bahagian leher.
Bahagian tangan still in progress.
Baju kurung moden, tangan cuff (betul ke aku eja ni).
My sister's too.
Diberi nama Dragonia sebab bentuknya yang macam bentuk naga.



Sketches book

Lakaran design yang hendak dibuat. Dapatkan idea dulu. Masalah besar adalah pemilihan warna manik dan labuci. Susah. Tersilap pilih, design tak menyerlah.

.

Bahagian leher.

Gambar digelapkan, untuk menaikkan design manik.

.

Baju penuh - Baju kurung moden - Lengan Victorian Style

Tuesday, November 18, 2008

Dangling Flowers




My sister's..
Baju kurung moden - kain chifon... hmmmm... jenuh la sikit sebab kain lembik.
Sebenarnya, design dangling flowers ni very simple... bunga, daun dan dangling. Sekejap saja boleh siap. Lagi pula, tangan sudah siap bersulam, lagi mudah kerja.
Tapi, nak dapat idea yang lambat sikit. Sebab colour baju ni a bit striking. So colour manik dan labuci susah nak blend.
At last, dapat idea ni, selepas banyak kali dibuka dan dijahit walaupun dah sketch design dari awal..
So... Enjoy dangling flowers...





Zoom bunga - sorry... kesan lakaran tak sempat nak padam.. tak sabar nak show off :)


Zoom lagi...

Monday, November 17, 2008

I'm loving it...



I'm Loving It....

Suka sangat.
Bunga labuci dijahit pada baju kurung. (sendiri punya)
Actually, design ini 'copycat' daripada Fotopages Kak Arry. Idea Kak Arry memang malatopsss..



Full Baju




Bahagian Leher




Zoom bunga


Untuk design yang heavy camni, memang kena lapik dengan kain gam. Supaya kukuh. Tak nampak kain melendut. Especially kalau jenis kain lembut seperti chiffon. Walaupun baju ini kain sutera, aku tetap lapik dengan kain gam. Malas!! Tapi terpaksa. Kalau tak, tak cantik...

Inilah rupanya kain lapik gam tu.




Tangan - lain sikit dari Kak Arry's

Saturday, November 1, 2008

F.I.D.B dan sisik ikan

Baju raya yang tak sempat dipakai. Baru saja siapkan maniknya.

Design Fill in Da Blank - sebab manik dijahit atas sulaman

Baju kurung moden.

Sebelum bermanik


Selepas

Bunga pada badan. 1st attempt untuk design Sisik Ikan


Close up bunga dan daun






Tangan - Sebelum - Sulaman kosong


Tangan - Selepas



Close up bunga pada tangan - Sisik ikan 1 layer



Bawah baju - Sebelum - Sulaman kosong



Bawah baju - Selepas




Monday, October 20, 2008

viva forever

V shape.
Dijahit pada tangan baju kurung.



.




Tuesday, October 7, 2008

Bunga Syawal

Baju kurung biasa.


Jahitan manik pada tangan sahaja.



Saturday, September 27, 2008

Pintalan bunga

Baju raya ibu.

Baju kurung biasa. Hanya jahit di tangan sahaja.






Monday, September 22, 2008

hola!!

Hola guys!!

Selamat datang ke rumah baruku... My new mi casa... Dedikasi khas untuk cintaku, kegilaanku dan keghairahanku.


Dah lama simpan niat nak ada "cawangan" lain, tapi dipendam je.. sebab takut tak terkawal... Maklumlah, rumah yang ada tu pun, rasanya macam tak sempat nak update selalu. Tapi memandangkan rumah baru ni hanya sekali sekala saja akan diupdate, makanya aku kuatkan semangat juga untuk membukanya. So, awal-awal aku nak pesan, rumah ni hanya akan diupdate bila aku siap ber"karya". Bergantung pada tahap kerajinan dan kesempatan yang aku ada.


Tujuan utama rumah baru ni dibuka bukan untuk tujuan bisnes.. Bukan untuk menunjuk pandai.. Bukan untuk meminta pujian... Rumah baru ni hanyalah untuk aku EKSPRESIkan diri.. sambil berkongsi ilmu dan idea yang tak sebanyak mana ini. Lagipun, malas nak serabutkan rumah lama dengan kegilaanku ini. Takut ada yang kata aku syok sendiri. Kerja pun jadi lebih mudah.

Of course aku masih jauh lagi jika nak dibandingkan dengan fashion designer (which I really admire them a lot). Baru nak bertatih, orang kata. And I really enjoy and aprreciate those who're willing to share their works in fotopages and blogs. Mucho gracias. Thru observation from theirs, from books, from mags, finally aku dapat luahkan cinta yang selama ini aku tak sedar kewujudannya. Mula-mula, memang kekok. Rasa nak siapkan satu pun payah. Bercinta!. Practice makes perfect, rite.. Lama-lama ok dan mula rasa ketagih. So, marilah ENJOY "mi amor".

Adios. Chow.



p/s: Aku tak terima tempahan. Semua aku ekspresikan pada baju sendiri & family. Kekurangan masa :D . So, sebarang tempahan tidak akan dilayan :P

Saturday, September 20, 2008

baju raya - malayali



Inilah perjuanganku. Baju raya. Kalau duk jenguk blog, alkisahnya, tak siap sampai ke sudah. Design ni memerlukan ketekunan yang tinggi. Banyak kali aku buka jahit, buka jahit. Akhirnya, inilah hasilnya. Malayali. Sebab apa aku namakan MALAYALI? Sebab my mom cakap macam bunga malai (bunga yang orang India kalungkan di leher esp. masa majlis kahwin). Adakah maknanya baju rayaku ini sesuai untuk Deepavali??? Whatever....




Leher seperti biasa tak dihabiskan jahit. No point. Sebab pakai tudung. Sebenarnya malas :P





Close up





Tangan






Bawah baju


My others

Jari-jariku sakit semua
Aku namakan design ni Jari-jariku sakit semua sebab design ni memang menyakitkan jari. Banyak kali jarum patah. Sebab, di bahagian tangan, manik terpaksa di jahit atas sulam yang keras... Azab... My sister's kebaya.







Badan baju




Tangan

Pintalan Rindu

Baju kurung. Di jahit pada leher dan tangan.





Close Up


Striking


Very challenging. Baju ni memang striking. So, susah colour manik nak blend dengan colour baju. Design tiru dari fotopages kak Arry





Fill In Da Blank

Manik dijahit di atas sulam. Tapi sulaman ini jenis sulaman yang lembut. Memang untuk dijahit manik di dalam sulamannya. Jadi, jarum tak patah.

Baju kurung moden.

Leher - Manik tabur




Tangan - Fill in da Blank




Close up bunga di tangan



Bawah baju - Fill in da Blank





Pendant

Baju kurung moden. Mine.

Hanya jahit di leher. Seperti biasa, my mom jadi pengkritik bebas. Katanya besar gedabak sangat pendant ni.. Last-last, dia tengok pendant baju Dato' Siti lagi besar. My mom suka yang simple je.. Aku je yang ala-ala mak Datin :D







Manjalara

Kebaya Pendek. Jahit di badan dan di tangan.



Badan Baju - Manjalara




Tangan - Pintalan kasih 2 layer


Manik tabur & Pendant

Baju kurung moden.


Di leher - Manik tabur dan pendant



Close up pendant


Manik tabur jurai-jurai


Baju kurung moden. Jahit pada leher. Tangan belum jahit sampai sekarang. Sendiri punya, no hal...


Close up leher. Manik tabur padat.



Close up - jurai-jurai



Manjalara

Pada tangan sahaja




Close up bunga




Curve daisy

Pada tangan sahaja.





Chain daisy



Pintalan kasih 2 layer






Manik beriring 2 layer




Manik beriring 2 layer





Lingkaran kasih

My favourite always.. Lingkaran kasih ni originated dari Ladybeads. My sifoo. Nampak kemas.



Lingkaran rindu

Idea dari my sifoo, Ladybeads. Sama seperti Lingkaran kasih, cuma ada tambahan 1 layer lagi.



Viva forever