Saturday, September 27, 2008

Pintalan bunga

Baju raya ibu.

Baju kurung biasa. Hanya jahit di tangan sahaja.






Monday, September 22, 2008

hola!!

Hola guys!!

Selamat datang ke rumah baruku... My new mi casa... Dedikasi khas untuk cintaku, kegilaanku dan keghairahanku.


Dah lama simpan niat nak ada "cawangan" lain, tapi dipendam je.. sebab takut tak terkawal... Maklumlah, rumah yang ada tu pun, rasanya macam tak sempat nak update selalu. Tapi memandangkan rumah baru ni hanya sekali sekala saja akan diupdate, makanya aku kuatkan semangat juga untuk membukanya. So, awal-awal aku nak pesan, rumah ni hanya akan diupdate bila aku siap ber"karya". Bergantung pada tahap kerajinan dan kesempatan yang aku ada.


Tujuan utama rumah baru ni dibuka bukan untuk tujuan bisnes.. Bukan untuk menunjuk pandai.. Bukan untuk meminta pujian... Rumah baru ni hanyalah untuk aku EKSPRESIkan diri.. sambil berkongsi ilmu dan idea yang tak sebanyak mana ini. Lagipun, malas nak serabutkan rumah lama dengan kegilaanku ini. Takut ada yang kata aku syok sendiri. Kerja pun jadi lebih mudah.

Of course aku masih jauh lagi jika nak dibandingkan dengan fashion designer (which I really admire them a lot). Baru nak bertatih, orang kata. And I really enjoy and aprreciate those who're willing to share their works in fotopages and blogs. Mucho gracias. Thru observation from theirs, from books, from mags, finally aku dapat luahkan cinta yang selama ini aku tak sedar kewujudannya. Mula-mula, memang kekok. Rasa nak siapkan satu pun payah. Bercinta!. Practice makes perfect, rite.. Lama-lama ok dan mula rasa ketagih. So, marilah ENJOY "mi amor".

Adios. Chow.



p/s: Aku tak terima tempahan. Semua aku ekspresikan pada baju sendiri & family. Kekurangan masa :D . So, sebarang tempahan tidak akan dilayan :P

Saturday, September 20, 2008

baju raya - malayali



Inilah perjuanganku. Baju raya. Kalau duk jenguk blog, alkisahnya, tak siap sampai ke sudah. Design ni memerlukan ketekunan yang tinggi. Banyak kali aku buka jahit, buka jahit. Akhirnya, inilah hasilnya. Malayali. Sebab apa aku namakan MALAYALI? Sebab my mom cakap macam bunga malai (bunga yang orang India kalungkan di leher esp. masa majlis kahwin). Adakah maknanya baju rayaku ini sesuai untuk Deepavali??? Whatever....




Leher seperti biasa tak dihabiskan jahit. No point. Sebab pakai tudung. Sebenarnya malas :P





Close up





Tangan






Bawah baju


My others

Jari-jariku sakit semua
Aku namakan design ni Jari-jariku sakit semua sebab design ni memang menyakitkan jari. Banyak kali jarum patah. Sebab, di bahagian tangan, manik terpaksa di jahit atas sulam yang keras... Azab... My sister's kebaya.







Badan baju




Tangan

Pintalan Rindu

Baju kurung. Di jahit pada leher dan tangan.





Close Up


Striking


Very challenging. Baju ni memang striking. So, susah colour manik nak blend dengan colour baju. Design tiru dari fotopages kak Arry





Fill In Da Blank

Manik dijahit di atas sulam. Tapi sulaman ini jenis sulaman yang lembut. Memang untuk dijahit manik di dalam sulamannya. Jadi, jarum tak patah.

Baju kurung moden.

Leher - Manik tabur




Tangan - Fill in da Blank




Close up bunga di tangan



Bawah baju - Fill in da Blank





Pendant

Baju kurung moden. Mine.

Hanya jahit di leher. Seperti biasa, my mom jadi pengkritik bebas. Katanya besar gedabak sangat pendant ni.. Last-last, dia tengok pendant baju Dato' Siti lagi besar. My mom suka yang simple je.. Aku je yang ala-ala mak Datin :D







Manjalara

Kebaya Pendek. Jahit di badan dan di tangan.



Badan Baju - Manjalara




Tangan - Pintalan kasih 2 layer


Manik tabur & Pendant

Baju kurung moden.


Di leher - Manik tabur dan pendant



Close up pendant


Manik tabur jurai-jurai


Baju kurung moden. Jahit pada leher. Tangan belum jahit sampai sekarang. Sendiri punya, no hal...


Close up leher. Manik tabur padat.



Close up - jurai-jurai



Manjalara

Pada tangan sahaja




Close up bunga




Curve daisy

Pada tangan sahaja.





Chain daisy



Pintalan kasih 2 layer






Manik beriring 2 layer




Manik beriring 2 layer





Lingkaran kasih

My favourite always.. Lingkaran kasih ni originated dari Ladybeads. My sifoo. Nampak kemas.



Lingkaran rindu

Idea dari my sifoo, Ladybeads. Sama seperti Lingkaran kasih, cuma ada tambahan 1 layer lagi.



Viva forever